Oct 7 – 8, 2026 BorIIS
Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah
Asia/Kuala_Lumpur timezone

Pada masa kini, kehidupan Orang Asal di serata tempat di dunia masih lagi menghadapi cabaran yang kritikal berkaitan dengan hak dan keadilan dalam aspek seperti status politik, ekonomi, sosial, pembangunan, budaya dan alam sekitar. Hak Orang Asal telah mendapat pengiktirafan di bawah undang-undang antarabangsa khususnya melalui penerimaan Deklarasi mengenai Hak Orang Asal (DHOA) oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 13 September 2007. 

 

Pengiktirafan tersebut wajar diberi perhatian kerana Malaysia merupakan salah sebuah negera yang menyokongnya (GA/0612, 107th & 108th Meetings). Walaupun undang-undang antarabangsa mengiktiraf hak Orang Asal, kehidupan Orang Asal termasuklah Orang Asli di Malaysia masih dibelenggu dengan isu ekonomi dan pembangunan, dihimpit kemiskinan dan dianggap mundur kerana terpinggir daripada arus kemodenan yang didominasi oleh masyarakat majoriti. 

 

Sehubungan itu, Institut Kajian Orang Asal Borneo (BorIIS), UMS sebagai penganjur utama menjalinkan kerjasama akademik dan perkongsian ilmu yang efektif dan menyeluruh melalui penganjuran PERSIDANGANAN PEMBANGUNAN ORANG ASAL BORNEO KE-2 (PPOAB KE-2) 2026. Ia merupakan satu wacana perkongsian ilmu yang menfokuskan kepada satu perkara utama iaitu pemerkasaan hak Orang Asal di Malaysia dan di Borneo khususnya.  Persidangan ini adalah bersesuaian kepada semua pengkaji sains sosial kerana ia melibatkan pembentangan rentas disiplin seperti kajian budaya, sosiologi dan antropologi, sejarah, geografi, sains politik, undang-undang dan lain-lain disiplin.

Starts
Ends
Asia/Kuala_Lumpur
Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah
Universiti Malaysia Sabah Library, Jalan UMS, 88400, Kota Kinabalu, Sabah.