Jemputan ke Seminar Digital@Sabah Edisi Ke-17 & Bengkel Digital
Sertai kami dalam Program Digital@Sabah (Edisi Ke-17), sebuah acara berprestij yang menghimpunkan Seminar Digital@Sabah dan pelbagai Bengkel Digital yang berfokuskan teknologi, inovasi dan pendigitalan.
📅 Tarikh: 12–16 November 2025
📍 Lokasi: Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu
🕘 Masa: **Sila rujuk atur cara program
🔍 Menarik untuk diketahui: Seminar ini dahulunya dikenali sebagai Seminar ICT Negeri Sabah (SEMIT), dan kini diteruskan dengan pendekatan lebih segar di bawah inisiatif Digital@Sabah, platform kolaboratif yang memperkasa ekosistem digital negeri menerusi perkongsian ilmu, program berimpak tinggi dan penerapan teknologi terkini.
Acara ini terbuka kepada semua agensi di bawah Rakan Strategik Digital@Sabah dan menawarkan:
✅ Perkongsian ilmu dan sesi inspirasi bersama pakar industri
✅ Bengkel hands-on berkaitan teknologi dan pendigitalan
✅ Peluang menjalin jaringan bersama komuniti digital Sabah
✨ Daftar sekarang dan jadi sebahagian daripada gerakan transformasi digital Sabah!