Speaker
Description
ABSTRAK
Self-esteem boleh didefinisikan sebagai penilaian seseorang ke atas dirinya sendiri atau bagaimana ia menganggap tentang dirinya sendiri sama ada secara positif atau negatif. Ia berkait rapat dengan perasaan kita terhadap kebolehan kita, perkara yang berlaku pada diri kita dan perkara yang akan berlaku pada diri kita. Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan self-esteem yang melibatkan tiga pihak iaitu keluarga, rakan sebaya dan sekolah dengan penglibatan remaja ke atas penyalahgunaan dadah. Kaedah kajian ini menggunakan kaedah tinjaun soal selidik. Seramai 57 orang responden telah diambil dalam kajian ini yang terdiri daripada remaja yang sedang mendapatkan rawatan di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di kawasan Pantai Timur Sabah. Keputusan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan self-esteem (rakan sebaya) dengan penglibatan remaja ke atas penyalahgunaan dadah. Manakala keputusan menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan self-esteem (keluarga dan sekolah) dengan penglibatan remaja ke atas penyalahgunaan dadah. Limitasi kajian serta cadangan untuk kajian akan datang turut dinyatakan.
Kata kunci : Self-esteem, Remaja, Penyalahgunaan dadah, Rakan sebaya, Keluarga, Sekolah