November 13, 2025 FPKS
Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial, UMS
Asia/Kuala_Lumpur timezone

HUBUNGAN ANTARA KETAKUTAN AKAN KEJAYAAN DENGAN KOMITMEN BERORGANISASI DALAM KONTEKS AKADEMIK

Not scheduled
20m
Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial, UMS

Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial, UMS

Faculty of Psychology and Social Work, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
Abstract Submission Psychology and Social Well-being / Psikologi dan Kesejahteraan Sosial

Speaker

Ms Nurjianah Affridin (Faculty of Psychology and Social Work, University of Malaysia Sabah)

Description

Tahap pencapaian akademik yang tinggi merupakan faktor utama dalam penyaringan dan penentuan staf akademik di peringkat institusi pengajian tinggi. Hal ini kerana, tenaga pengajar yang direkrut bukan sahaja perlu memiliki kompetensi daripada sudut kemahiran pedagogi dan juga andragogi tetapi juga cekap secara mendalam dalam bidang masing-masing. Namun, golongan yang memiliki pencapaian yang tinggi sering dikaitkan dengan kegelisahan (anxiety) dengan jangkaan-jangkaan negatif hasil daripada pencapaian atau kejayaan dalam bidang kerjaya masing-masing. Misalnya, kenaikan pangkat akademik, penerbitan jurnal berimpak tinggi, mengetuai projek penyelidikan atau pengarah kepada mana-mana pusat akademik di universiti. Secara zahirnya, pencapaian-pencapaian tersebut memberikan gambaran kebolehan seorang staf akademik, namun tanggungjawab yang semakin bertambah akan memberikan tekanan esktrem kepada staf akademik. Justeru, kajian ini dilaksanakan bagi meneliti sejauh mana ketakutan akan kejayaan berkolerasi dengan komitmen berorganisasi dalam kalangan staf akademik. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang disertai oleh seramai 285 orang staf akademik Universiti Malaysia Sabah (UMS). Dapatan menunjukkan bahawa wujud hubungan positif dan sederhana secara signifikan di antara ketakutan akan kejayaan dengan komitmen berorganisasi dengan nilai (r = 0.419, p < .001). Hasil kajian menggambarkan bahawa ketakutan akan kejayaan wujud dalam kalangan staf akademik dan berkemungkinan menimbulkan konflik dalaman sama ada mereka perlu untuk meningkatkan pencapaian ataupun kekal di posisi sedia ada.

Primary author

Ms Nurjianah Affridin (Faculty of Psychology and Social Work, University of Malaysia Sabah)

Presentation materials