Speaker
Description
Kajian kes ini meneliti pembangunan kecekapan kendiri melalui aplikasi Terapi Realiti (RT) berasaskan model WDEP dalam kaunseling remaja. Kecekapan kendiri merupakan kepercayaan individu terhadap keupayaannya mengurus cabaran dan mencapai matlamat, yang penting dalam fasa perkembangan remaja menuju autonomi dan pembentukan identiti. Kajian melibatkan seorang remaja perempuan yang berdepan isu harga diri rendah, pengasingan sosial, dan tekanan keluarga. Sepanjang lapan sesi kaunseling, intervensi RT digunakan untuk meneroka keperluan psikologi yang tidak dipenuhi serta menggalakkan pemilihan tingkah laku bertanggungjawab. Hasil menunjukkan peningkatan dalam kecekapan kendiri, keyakinan diri, dan keupayaan klien mengurus emosi serta berhubung secara lebih yakin.