November 13, 2025 FPKS
Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial, UMS
Asia/Kuala_Lumpur timezone

APLIKASI MODEL ABC TERAPI RASIONAL EMOTIF TINGKAH LAKU (REBT) DALAM MENCABAR KEBIMBANGAN DIRI DAN TUNTUTAN UNTUK SENTIASA MENJADI SEMPURNA DALAM KALANGAN PELAJAR

Not scheduled
20m
Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial, UMS

Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial, UMS

Faculty of Psychology and Social Work, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
Abstract Submission Case Study and Good Practices in Counselling / Kajian Kes dan Amalan Terbaik dalam Kaunseling

Speaker

Syafiqah Syahirah Binti Johanis (Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial, Universiti Malaysia Sabah)

Description

Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan Model ABC Terapi Rasional Emotif Tingkah Laku (REBT) dalam menangani isu kebimbangan diri dan tuntutan diri untuk sentiasa menjadi sempurna klien. Klien, seorang mahasiswa yang memegang peranan sebagai anak sulung dan Ketua Biro Akademik, mengalami tekanan tinggi untuk sentiasa cemerlang dan sempurna, yang berpunca daripada kepercayaan mutlak seperti "Saya mesti sentiasa kuat dan berjaya supaya tidak kecewakan orang di sekeliling". Intervensi menggunakan Model ABC (A-B-C-D-E) dengan fokus utama pada proses Penyangkalan (Disputing - D) serta teknik kognitif lain seperti Rational Emotive Imagery (REI) dan kerja rumah jurnal. Proses ini bertujuan membantu klien mencabar kepercayaan tidak rasional yang mendasari kebimbangannya. Hasil intervensi menunjukkan klien berjaya membentuk Falsafah baru yang berkesan (E) yang lebih rasional dan adaptif, seterusnya mengurangkan pemikiran kritikal kendiri. Kajian ini membuktikan REBT adalah pendekatan yang berkesan dalam mengubah sistem kepercayaan tidak rasional bagi mencapai kesejahteraan psikologi.

Primary author

Syafiqah Syahirah Binti Johanis (Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial, Universiti Malaysia Sabah)

Presentation materials