November 13, 2025 FPKS
Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial, UMS
Asia/Kuala_Lumpur timezone

KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DAN PENYALAHGUNAAN DADAH MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Not scheduled
20m
Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial, UMS

Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial, UMS

Faculty of Psychology and Social Work, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
Abstract Submission Psychology and Social Well-being / Psikologi dan Kesejahteraan Sosial

Speaker

Prof. MOHD DAHLAN A.MALEK (Faculty of Psychology and Social Work, Universiti Malaysia Sabah)

Description

Mohd Dahlan A. Malek1*, Azlan Awang2 , Md Razali Saibin3, Khairol Ikhwan@Mohd Fithri Khoza4

1,2 Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, MALAYSIA
3,4 Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, MALAYSIA

*Corresponding e-mail: dahlanam@ums.edu.my

Abstrak
Kesejahteraan psikologi merupakan teras penting dalam pembentukan insan seimbang dari segi emosi, kognitif dan spiritual. Dalam konteks penyalahgunaan dadah, kesejahteraan ini sering tergugat akibat kehilangan kawalan diri, tekanan emosi, serta lemahnya pegangan nilai agama. Islam menegaskan konsep kesejahteraan holistik yang berasaskan keseimbangan hubungan manusia dengan Allah (habl min Allah), sesama manusia (habl min al-nas), dan dengan diri sendiri. Penyalahgunaan dadah bukan sahaja menjejaskan kesihatan jasmani dan mental, malah menyalahi prinsip maqasid syariah yang bertujuan memelihara akal, nyawa, dan maruah. Oleh itu, pendekatan berasaskan Islam seperti terapi spiritual, taubat nasuha, solat, zikir, serta bimbingan rohani mampu memulihkan kesejahteraan psikologi individu yang terjebak dengan ketagihan. Kertas kerja ini menyoroti kepentingan integrasi antara aspek psikologi dan nilai Islam dalam menangani isu dadah serta mencadangkan model intervensi psikospiritual yang berasaskan prinsip Islam untuk memperkukuh daya tahan, mengurangkan risiko dan menyokong kesejahteraan mental yang berpanjangan. Hasilnya diharap dapat menjadi asas kepada strategi pencegahan dan pemulihan dadah yang lebih menyeluruh dan berteraskan pembangunan insan sejahtera menurut acuan Islam.
Kata kunci: kesejahteraan psikologi, penyalahgunaan dadah, perspektif Islam, psikospiritual, maqasid syariah

Primary author

Prof. MOHD DAHLAN A.MALEK (Faculty of Psychology and Social Work, Universiti Malaysia Sabah)

Co-authors

Mr AZLAN AWANG (Faculty of Psychology and Social Work, Universiti Malaysia Sabah) Mr MD RAZALI SAIBIN (Faculty of Islamic Studies, Universiti Malaysia Sabah) Mr Ikhwan@Mohd Fithri Khoza (Faculty of Islamic Studies, Universiti Malaysia Sabah)

Presentation materials