Speaker
Description
Abstrak
Program pemulihan berasaskan aktiviti luar (Outdoor Therapy) merupakan satu pendekatan intervensi alternatif yang menggabungkan elemen fizikal, mental dan emosi dalam membantu klien ketagihan dadah membina semula ketahanan diri (resilience). Melalui aktiviti seperti sukan lasak, latihan kerjasama kumpulan, refleksi diri dan penerokaan alam, klien berpeluang meningkatkan keyakinan diri, kemahiran sosial serta kematangan emosi. Artikel ini berkongsi amalan terbaik pelaksanaan Outdoor Therapy dalam konteks institusi pemulihan, khususnya di penjara, yang telah menunjukkan keberkesanan terhadap pembinaan jati diri, motivasi pemulihan dan pengurangan relapse. Dapatan turut diperkuatkan dengan sorotan kajian lepas yang membuktikan keberkesanan pendekatan ini terhadap perubahan psikologi dan sosial klien. Implikasi praktikal dan cadangan pelaksanaan turut dibincangkan bagi membantu kaunselor dan pegawai pemulihan melaksanakan pendekatan ini dengan lebih berkesan.
Kata kunci: Outdoor Therapy, ketahanan diri, pemulihan, ketagihan dadah