Speaker
Description
HUBUNGAN ANTARA MOTIVASI UNTUK BERUBAH DENGAN KECENDERUNGAN UNTUK RELAPS DALAM KALANGAN PENGHUNI PUSAT RAWATAN DADAH
Kamaliah Md Yusof@Md Yusop1, Norafifah Bali2, Azahar Che Latiff3
Fakulti Psikologi Dan Kerja Sosial
Universiti Malaysia Sabah
2025
ABSTRAK
Isu relaps kekal sebagai cabaran utama dalam proses pemulihan penagihan dadah. Statistik terkini menunjukkan bahawa lebih 20% penagih yang telah menamatkan program rawatan mengalami relaps dalam tempoh dua tahun. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti hubungan antara tahap motivasi untuk berubah dengan kecenderungan untuk relaps dalam kalangan penghuni pusat rawatan dadah. Seramai 161 responden telah dipilih secara rawak berdasarkan jadual Krejcie dan Morgan (1970). Dua instrumen digunakan iaitu Stages of Change Readiness and Treatment Eagerness Scale (SOCRATES) untuk mengukur motivasi berubah dan Drug Abuse Screening Test (DAST-10) untuk mengukur kecenderungan relaps. Hasil analisis Spearman’s rho menunjukkan terdapat hubungan negatif yang signifikan antara motivasi berubah dan kecenderungan relaps (rs = –0.269, p < .001). Terdapat juga hubungan signifikan antara umur dengan motivasi berubah (rs = –0.215, p = .006), manakala tempoh penglibatan dalam penagihan tidak menunjukkan hubungan yang signifikan (rs = .148, p = .060). Dapatan ini diharapkan dapat membantu dalam merangka intervensi rawatan yang lebih berfokus bagi menyokong proses kepulihan penagih dadah secara berkesan.
Kata kunci: motivasi berubah, relaps, pusat rawatan dadah, penagih dadah, pemulihan