Speaker
Description
Prevalen penglibatan individu dalam tingkah laku berisiko adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian yang signifikan memandangkan kemudaratannya kepada banyak pihak. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan faktor luaran (keluarga, sekolah, masyarakat & rakan sebaya) dengan tingkah laku berisiko dalam kalangan belia, hubungan faktor dalaman (ketahanan diri, estim diri & spiritual) dengan tingkahlaku berisiko serta mengenalpasti faktor luaran dan faktor dalaman yang dominan memperngaruhi tingkahlaku berisiko.Kajian ini menggunakan metod survei melibatkan pengedaran soal selidik ke atas 300 orang belia di Terengganu. Dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu individu, ibubapa, sekolah serta komuniti setempat untuk mengenal pasti faktor pelindung terhadap tingkahlaku berisiko. Ia boleh dijadikan sebagai garis panduan dalam membangunkan perancangan strategik untuk meningkatkan kesejahteraan individu dengan memahami fenomena dengan lebih jelas serta mengubahsuai polisi sedia ada berkaitan dengan pencegahan tingkahlaku berisiko.