November 13, 2025 FPKS
Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial, UMS
Asia/Kuala_Lumpur timezone

Pengaruh Daya Tahan dan Sokongan Sosial Terhadap Kesediaan untuk Berubah dalam Kalangan Banduan di Penjara Sabah: Peranan Tahap Pendidikan sebagai Moderator

Not scheduled
20m
Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial, UMS

Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial, UMS

Faculty of Psychology and Social Work, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
Abstract Submission Counseling Addiction / Kaunseling Ketagihan

Speaker

Mr ANAS ARSHAD (Student)

Description

Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk meneliti pengaruh daya tahan dan sokongan sosial terhadap tahap kesediaan untuk berubah dalam kalangan banduan penyalahgunaan dadah di Penjara Sandakan, Sabah. Kajian ini turut mengenal pasti peranan tahap pendidikan sebagai moderator dalam hubungan tersebut. Reka bentuk kajian adalah kuantitatif bukan eksperimen dengan pendekatan keratan lintang. Seramai 126 orang responden lelaki dipilih secara pensampelan bertujuan. Tiga instrumen utama telah digunakan iaitu Resilience Scale (RS-25), Multidimensional Scale of Perceived Social Support (MSPSS), dan subskala Recognition daripada SOCRATES versi pendek. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 29 melalui ujian korelasi Pearson, analisis regresi berganda, dan analisis moderasi menggunakan PROCESS Macro Model 1. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara daya tahan (r = .667, p < .001) dan sokongan sosial (r = .557, p < .001) dengan tahap kesediaan untuk berubah. Analisis regresi berganda menunjukkan kedua-dua pemboleh ubah bebas menyumbang sebanyak 67.5% varians terhadap kesediaan untuk berubah (R² = .675, p < .001). Walau bagaimanapun, tahap pendidikan tidak bertindak sebagai moderator yang signifikan dalam hubungan tersebut (p > .05). Dapatan ini memberikan implikasi penting kepada pembangunan intervensi berfokuskan kekuatan (strength-based intervention) dalam kalangan banduan tanpa mengambil kira latar pendidikan.

Kata kunci: daya tahan, sokongan sosial, kesediaan untuk berubah, banduan, tahap pendidikan, regresi berganda

Primary author

Mr ANAS ARSHAD (Student)

Presentation materials