Feb 27 – 29, 2024 IBTP
Institute for Tropical Biology and Conservation, Universiti Malaysia Sabah
Asia/Kuala_Lumpur timezone

Herbaceous Megadiverse Workshop 2024 sangat menekankan peranan penting tumbuhan herba sebagai lapisan lantai hutan hujan tropika yang sering diabaikan. Walaupun hutan hujan tropika didominasi oleh pokok-pokok besar, namun, masih banyak kajian yang perlu diterokai akan tumbuhan herba seperti genus Cyrtandra dan Begonia.


Berhadapan dengan kemungkinan ancaman penebangan hutan, pemahaman yang mendalam akan komponen tumbuhan herba di lapisan lantai hutan hujan tropika amat diperlukan untuk melindungi hutan kita. Bagi memenuhi keperluan mendesak ini serta meningkatkan kesedaran kepada kita, sepasukan pakar, termasuk Dr. Avelinah Julius (Ardisia), Julia Sang (Begonia), Dr. Daniele Cicuzza (pakis), dan Dr. Hannah Atkins dan Dr. Gemma L.C. Bramley (Cyrtandra), telah bergabung tenaga mewujudkan rangkaian kerjasama yang tertumpu kepada beberapa genera tumbuhan di Asia Tenggara.


Institut Biologi dan Pemuliharaan Tropika (IBTP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) selaku penganjur, mengadakan bengkel ini serupa forum— ia adalah pemangkin kepada tindakan transformatif. Ia bertujuan untuk mewujudkan kolaborasi projek, membimbing pelajar dan penyelidik muda, serta memupuk penyelidikan pelbagai disiplin di samping mengembangkan rangkaian dengan saintis Malaysia. Inisiatif yang memberi impak ini diwujudkan melalui sokongan dana daripada Lennox Boyd Memorial Trust, yang menekankan kepentingan strategik perhimpunan ini di UMS.

Starts
Ends
Asia/Kuala_Lumpur
Institute for Tropical Biology and Conservation, Universiti Malaysia Sabah
Seminar Room 2 & 3