November 21, 2024 PPIB
Virtual Conference
Asia/Kuala_Lumpur timezone

Pengurusan Kewangan NGO Islam dan Kesan Bantuannya terhadap Golongan B40 di Sabah

Nov 21, 2024, 2:40 PM
20m
Virtual Conference

Virtual Conference

Speaker

Faiznur Azwah Abdul Hamid (Universiti Malaysia Sabah)

Description

Artikel ini membincangkan konsep pengurusan kewangan NGO Islam dan kesan bantuannya terhadap golongan B40 di Sabah. Pengurusan kewangan NGO Islam tidak hanya bertujuan bagi memastikan sumber organisasi mencukupi bagi melaksanakan aktiviti tetapi ianya turut bertanggungjawab melaksanakan akauntibiliti dan ketelusan dalam gerak kerja organisasi untuk mengekalkan kepercayaan awan terhadap NGO Islam sebagai suara rakyat. Sehubungan dengan itu, kajian ini membuat penyelidikan terhadap pengurusan kewangan yang dilaksanakan oleh NGO Islam untuk mengetahui sejauhmana organisasi islam di Sabah mengamalkan pengurusan kewangan yang standard. Amalan pengurusan kewangan berkenaan termasuklah belanjawan, penerimaan pendapatan, penggunaan dana dan pelaporan. Pengumpulan data menggunakan metode kualitatif melalui kaedah temubual mendalam bersama dua NGO Islam terpilih, iaitu Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) dan Hidayah Centre Foudation (HCF) Sabah. Temubual akan melibatkan wakil tertinggi iaitu Pengerusi/Pengurus, Timbalan Pengerusi/Timbalan Pengurus, Setiausaha dan Bendahari serta beberapa pihak berkepentingan yang terlibat dalam pengurusan kewangan organisasi NGO bagi mendapatkan maklumat dan data yang berkaitan dengan kajian. Selain itu, kajian ini turut menemubual wakil daripada golongan B40 iaitu Ketua Kampung, JPKK, pemimpin masyarakat dan wakil isi rumah yang menerima bantuan daripada NGO Islam dan menerima impak hasil daripada bantuan tersebut.

Primary author

Faiznur Azwah Abdul Hamid (Universiti Malaysia Sabah)

Co-author

Prof. Suraya Sintang (Universiti Malaysia Sabah)

Presentation materials

There are no materials yet.