Sep 12 – 13, 2024 ASTiF
AKADEMI SENI & TEKNOLOGI KREATIF
Asia/Kuala_Lumpur timezone
"Seni dalam Gagasan Budaya Madani"

Idealisme dan Ikonik Batik Sabah

Not scheduled
20m
AKADEMI SENI DAN TEKNOLOGI KRETIF, UMS (AKADEMI SENI & TEKNOLOGI KREATIF)

AKADEMI SENI DAN TEKNOLOGI KRETIF, UMS

AKADEMI SENI & TEKNOLOGI KREATIF

BANGUNAN AKADEMI SENI DAN TEKNOLOGI KREATIF (ASTIF) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH JALAN UMS 896088 KOTA KINBABALU
TEKNOLOGI SENI VISUAL/VISUAL ART TECHNOLOGY

Speaker

SALBIAH BINTI KINDOYOP (LECTURER)

Description

Seni batik terkenal dengan reka bentuk dan corak yang unik serta menampilkan keindahan seni tekstil yang mencerminkan nilai-nilai dan identiti budaya masyarakatnya. Di Malaysia, terdapat empat corak motif yang terkenal iaitu corak flora, corak fauna, corak geometri dan abstrak. Motif yang popular pula adalah tumbuh-tumbuhan seperti pucuk rebung, bunga kenanga, cempaka dan lain-lain. Seni batik di Sabah juga mempunyai keunikan dan identity sendiri berdasarkan reka bentuk dan coraknya. Kertas kerja ini membincangkan prinsip-prinsip idealisme yang diterapkan dalam penghasilan corak batik Sabah, termasuk penekanan pada kreativiti dan keindahan seninya. Selain itu, kajian ini membincangkan status ikonik batik Sabah yang menjadi simbol identiti budaya dan kebanggaan masyarakat Sabah. Kajian ini melibatkan pengumpulan data menggunakan kaedah kualitatif yang menganalisis reka corak batik Sabah melalui kaedah temu bual dengan pembuat batik dan pakar budaya. Seterusnya mengungkapkan idealisme dalam penghasilan reka corak batik Sabah yang terhasil daripada idea yang mengekalkan tradisi dengan gabungan inovasi motif daripada alam semula jadi. Ikon batik Sabah pula ditentukan oleh beberapa faktor seperti pengiktirafan masyarakat, nilai keindahan serta tarikan dalam budaya dan komersial. Kesimpulannya, Batik Sabah adalah manifestasi seni yang indah melalui representasi idealisme yang menginspirasikan simbol ikonik yang penting bagi identiti budaya. Kertas kerja ini memberikan sumbangan kepada pemahaman yang lebih mendalam tentang seni tradisional seperti batik Sabah agar terus relevan dan berpengaruh dalam dunia moden melalui gabungan idealisme dan pengiktirafan ikonik.

Kata Kunci: Batik Sabah, reka corak, idealisme, ikonik, identiti budaya, keindahan

Primary author

Co-authors

Mr Faez Huzaini Ramleh (lecturer) Dr MFazmi Hisham (lecturer) Dr Mohammad Puad Bebit (lecturer) Dr Nor Asmidayu Mohamad Fauzi (lecturer) Dr Norhayati Ayob (lecturer) Dr Oscar Gordon Wong (lecturer) Ms Saniah Ahmad (lecturer) Dr Zairul Anuar Md Dawam (lecturer)

Presentation materials

There are no materials yet.