Sep 12 – 13, 2024 ASTiF
AKADEMI SENI & TEKNOLOGI KREATIF
Asia/Kuala_Lumpur timezone
"Seni dalam Gagasan Budaya Madani"

TRADISI DAN SIMBOLISME KINOMOL DALAM UPACARA RITUAL ETNIK RUNGUS

Not scheduled
20m
AKADEMI SENI DAN TEKNOLOGI KRETIF, UMS (AKADEMI SENI & TEKNOLOGI KREATIF)

AKADEMI SENI DAN TEKNOLOGI KRETIF, UMS

AKADEMI SENI & TEKNOLOGI KREATIF

BANGUNAN AKADEMI SENI DAN TEKNOLOGI KREATIF (ASTIF) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH JALAN UMS 896088 KOTA KINBABALU
PENULISAN/WRITING

Speaker

Mr AZMIL DANI (Universiti Malaysia Sabah)

Description

Kajian ini bertujuan untuk menyelidik fungsi, kegunaan, dan simbol tradisional kinomol dalam upacara ritual tradisi etnik Rungus khususnya ritual mamapak yang diadakan di daerah Pitas. Kinomol dikenali sebagai tapai dan dihidangkan selepas bobolizan selesai monguhok (mantera/jampi/aji). Kinomol merupakan minuman tradisional etnik Rungus yang memabukkan kerana kinomol dihasilkan melalui proses penapaian beras yang diperam dalam tempoh yang lama. Etnik Rungus menggunakan kinomol sebagai salah satu bahan sajian dalam upacara ritual mamapak. Hal ini dikatakan demikian kerana sejajar dengan kepercayaan spiritual serta amalan turun-temurun nenek moyang mereka yang dipegang teguh. Oleh itu, kajian ini akan menganalisis hubungan antara kinomol dengan kepercayaan dan adat resam etnik Rungus khususnya semasa pelaksanaan ritual mamapak. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif untuk mengumpul data seperti melalui temu bual, pemerhatian, dan analisis sumber sekunder. Data yang diperoleh akan digunakan untuk memahami hubungkait kinomol dengan kepercayaan etnik Rungus dalam kehidupan mereka. Hasil kajian ini juga dapat memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang peranan kinomol dalam kehidupan etnik Rungus. Kajian in akan menjadi salah satu usaha berbentuk dokumentasi yang akan memelihara identiti serta memberi gambaran yang lebih jelas tentang bagaimana tradisi dan budaya ini berinteraksi dengan perubahan zaman warisan budaya etnik Rungus di Sabah.

Primary author

Mr AZMIL DANI (Universiti Malaysia Sabah)

Co-author

Dr ESTERLINA MOO CHIN LEN LAZARUS (Universiti Malaysia Sabah)

Presentation materials

There are no materials yet.