Sep 12 – 13, 2024 ASTiF
AKADEMI SENI & TEKNOLOGI KREATIF
Asia/Kuala_Lumpur timezone
"Seni dalam Gagasan Budaya Madani"

Analisis Semiotik Penggunaan Imej Budaya Tempatan Sabah dalam Karya Awang Fadilah Ali Hussein

Not scheduled
20m
AKADEMI SENI DAN TEKNOLOGI KRETIF, UMS (AKADEMI SENI & TEKNOLOGI KREATIF)

AKADEMI SENI DAN TEKNOLOGI KRETIF, UMS

AKADEMI SENI & TEKNOLOGI KREATIF

BANGUNAN AKADEMI SENI DAN TEKNOLOGI KREATIF (ASTIF) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH JALAN UMS 896088 KOTA KINBABALU
TEKNOLOGI SENI VISUAL/VISUAL ART TECHNOLOGY

Speaker

LIA SURAYA BASRI (Astif UMS)

Description

ABSTRAK
Awang Fadilah Ali Hussein merupakan pelukis seni naif yang berasal daripada Menumbok, Sabah dan mula aktif berkarya pada akhir tahun 1990an. Beliau merupakan salah seorang pelukis tempatan yang banyak mengetengahkan nilai budaya masyarakat Sabah dalam karya beliau melalui imej-imej budaya yang dijadikan sebagai subjek utama karyanya. Imej dalam karya seni turut dikenali sebagai objek, bentuk, subjek atau juga dikaitkan dengan tanda. Oleh itu, kajian ini bertujuan bagi mengenalpasti dan menganalisis penggunaan imej budaya tempatan Sabah yang terdapat dalam karya-karya Awang Fadilah Ali Hussein menggunakan pendekatan semiotik iaitu kaedah Segitiga Pierce atau Model Triadik oleh Charles Sanders Peirce. Konsep asas model ini melibatkan tiga kategori iaitu representasi/tanda, objek dan interpretasi. Hasil kajian mendapati bahawa pelbagai unsur budaya diaplikasikan dalam karya Awang Fadilah khususnya tentang alat muzik traditional. Akhir sekali, analisis kajian semiotik tentang penggunaan imej budaya tempatan dalam karya Awang Fadilah mendapati bahawa setiap imej yang divisualkan pada karya adalah untuk mengangkat nilai dan martabat sesuatu kaum di Sabah.

Kata Kunci: Imej, Budaya, Semiotik, Sabah, Awang Fadilah

Primary author

LIA SURAYA BASRI (Astif UMS)

Presentation materials

There are no materials yet.