Sep 12 – 13, 2024 ASTiF
AKADEMI SENI & TEKNOLOGI KREATIF
Asia/Kuala_Lumpur timezone
"Seni dalam Gagasan Budaya Madani"

Penerapan Seni Visual dalam STEAM di Sekolah Menengah

Not scheduled
20m
AKADEMI SENI DAN TEKNOLOGI KRETIF, UMS (AKADEMI SENI & TEKNOLOGI KREATIF)

AKADEMI SENI DAN TEKNOLOGI KRETIF, UMS

AKADEMI SENI & TEKNOLOGI KREATIF

BANGUNAN AKADEMI SENI DAN TEKNOLOGI KREATIF (ASTIF) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH JALAN UMS 896088 KOTA KINBABALU
TEKNOLOGI SENI VISUAL/VISUAL ART TECHNOLOGY

Speaker

BILERON BURUNTONG

Description

Kajian ini bertujuan untuk menyelidik keberkesanan penerapan seni visual dalam konteks STEAM menerusi pendekatan Project-Based Learning (PBL) di sekolah menengah di Sabah. Berdasarkan kajian terdahulu, terdapat beberapa isu utama yang dihadapi dalam pengajaran seni visual di sekolah-sekolah. Antaranya termasuk kekurangan penguasaan ilmu dan kemahiran praktikal dalam seni visual (Roslina, 2019), penggunaan kaedah pengajaran konvensional yang monodisiplin (Soffie, 2013), dan rendahnya tahap pengetahuan serta kemahiran murid dalam menghasilkan karya seni visual yang inovatif (Hassan, 2000). Pengajaran konvensional ini juga menyebabkan persepsi negatif terhadap bidang seni visual dan kekurangan integrasi dengan STEM (Suraya, 2021; Iberahim Hassan, 2003). Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes dan melibatkan kaedah temu bual, pemerhatian, dan analisis dokumen untuk mengumpul data untuk mencapai tiga objektif utama, iaitu mengenalpasti tahap keberkesanan penerapan seni visual dalam STEAM menerusi PBL, menjelaskan pengalaman dan perspektif murid terhadap pembelajaran seni visual dalam STEAM, serta menganalisis faktor kekangan dan cabaran dalam penerapan seni visual menerusi PBL. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa pendekatan PBL dalam seni visual bukan sahaja membantu meningkatkan pemahaman dan kemahiran praktikal murid, tetapi juga menggalakkan kreativiti dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Lima komponen utama yang ditemui dalam kajian ini adalah: pemudahcaraan, bermaklumat dan bermanfaat, Pembelajaran Abad ke-21, integrasi terarah seni visual sebagai elemen asas STEAM, serta cabaran dan kekangan. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa penerapan seni visual dalam STEAM menerusi PBL dapat memberikan hasil yang lebih baik berbanding pendekatan pengajaran konvensional. Hal ini juga menggalakkan kreativiti dan pemahaman murid terhadap disiplin-disiplin STEAM, serta memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih teratur dan sistematik.

Kata kunci: Seni Visual, STEM, STEAM, Pembelajaran Berasaskan Projek, Kreativiti, Pembelajaran Abad Ke 21

Primary authors

Presentation materials

There are no materials yet.