Speaker
Description
Kajian ini bertujuan untuk menyelidik pengaruh rekaan simbol keselamatan terhadap tingkah laku dan penerimaan kanak-kanak. Keselamatan kanak-kanak merupakan isu yang kritikal pada zaman kini dan pemahaman terhadap elemen reka bentuk simbol keselamatan dapat membantu meningkatkan kesedaran dan kepatuhan mereka terhadap amaran keselamatan. Kajian ini menumpukan kepada mengenalpasti reka bentuk simbol keselamatan yang paling berkesan, termasuk warna yang sesuai, elemen rekaan yang menarik perhatian, dan faktor-faktor yang mempengaruhi kefahaman kanak-kanak terhadap mesej keselamatan. Melalui pendekatan kajian kualitatif dan kuantitatif, data dikumpulkan daripada responden kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun di beberapa pra-sekolah di daerah Putatan. Hasil kajian menunjukkan bahawa simbol keselamatan yang menggunakan warna-warna terang dan kontras tinggi serta mempunyai elemen grafik yang jelas lebih mudah difahami dan diingati oleh kanak-kanak. Kajian ini menyarankan agar pereka simbol keselamatan mempertimbangkan aspek-aspek ini dalam usaha meningkatkan keberkesanan mesej keselamatan kepada kanak-kanak. Penemuan ini penting bagi pihak berkuasa dan pendidik dalam merangka strategi komunikasi keselamatan yang lebih efektif untuk kanak-kanak.
Kata kunci: Rekaan Simbol, Keselamatan Kanak-Kanak, Kesedaran, Kepatuhan, Pendekatan Kajian, Komunikasi Keselamatan.