Sep 12 – 13, 2024 ASTiF
AKADEMI SENI & TEKNOLOGI KREATIF
Asia/Kuala_Lumpur timezone
"Seni dalam Gagasan Budaya Madani"

Kelestarian Kalamat dalam ritual Igal: Satu analysis daripada Perspektif Firasat

Not scheduled
20m
AKADEMI SENI DAN TEKNOLOGI KRETIF, UMS (AKADEMI SENI & TEKNOLOGI KREATIF)

AKADEMI SENI DAN TEKNOLOGI KRETIF, UMS

AKADEMI SENI & TEKNOLOGI KREATIF

BANGUNAN AKADEMI SENI DAN TEKNOLOGI KREATIF (ASTIF) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH JALAN UMS 896088 KOTA KINBABALU
TEATER/THEATRE

Speaker

Mrs Umi Binti Ahmad (Kolej Pengajian Seni Kreatif UiTM Malaysia)

Description

Makalah ini berkaitrapat dengan usaha untuk mengekalkan atau melestarikan serta memelihara keaslian peranan Kalamat dalam ritual Igal. Definisi kelestarian boleh juga disesuaikan dengan keperluan dan tujuan pelbagai disiplin sedia ada. Sebagai seorang bomoh/ Kalamat memikul tanggungjawab penting dalam masyarakat. Mereka menjadi tempat rujukan dalam hal tertentu antaranya penyakit, ketulahan atau perkara yang berlaku di sekeliling mereka. Kejadian tersebut dikaitkan pula dengan mimpi iaitu kejadian alam yang mempunyai makna atau pengertian yang penemuannya dapat dilakukan menerusi takbir atau tafsiran. Agenda dasar kerangka MADANI bukan sahaja memberi tumpuan kepada penyelesaian masalah dan memenuhi keperluan negara; melibatkan pelestarian warisan budaya dan keanekaragaman budaya. Hal ini mencakup pelestarian bahasa, adat istiadat, seni dan pengetahuan tradisional. Justeru pengkaji berhasrat untuk membincangkan kelestarian Ritual Igal yang didominasi oleh seorang Shaman/Kalamat yang dipengaruhi dengan pendekatan mimpi dan mitos. Manakala kaedah Firasat Melayu merupakan suatu pendekatan yang mencari akar pengalaman seseorang dengan menelusuri mimpi. Yang mana kaedah operasional Firasat Melayu ada titik temu dengan mimpi dan mitos seorang Kalamat. Kaedah penyelidikan yang dijalankan bagi memperoleh data-data kajian ini melalui bacaan daripada sumber keperpustakaan, artikel dan jurnal yang berkaitan dengan tajuk kajian, kaedah temubual, pemerhatian, dan rakaman video. Kolaborasi antara Ritual Igal dan Pendekatan Firasat juga bersandarkan pendekatan budaya nilai tinggi yang ditunjangi tiga (3) elemen utama iaitu tatasusila, tatacara dan tahap keintelektualan serta amalan nilai-nilai murni. Dalam Ritual Igal bagaimana peranan seorang Kalamat menjadi tunggak punca kuasa dan rujukan kepada hal ehwal kehidupan masyarakat, baik dalam hal ehwal spiritual mahupun budaya kehidupan harian. Manakala dalam Pendekatan Firasat pemikiran seseorang itu diukur melalui keintelektualan seseorang dalam menangani kehidupan Dapatan yang signifikan diperoleh; Kalamat dilestarikan dengan kehadiran mitos/mimpi yang mana masyarakat setempat meyakini peranan Kalamat dalam membuat keputusan dan tindakan yang wajar. Kewajaran ini menjadi medium ketekalan Kalamat dalam Masyarakat MADANI.
Kata kunci: Kelestarian, Shaman/Kalamat, Ritual Igal, Firasat, dan MADANI.

Primary author

Mrs Umi Binti Ahmad (Kolej Pengajian Seni Kreatif UiTM Malaysia)

Presentation materials

There are no materials yet.