Sep 12 – 13, 2024 ASTiF
AKADEMI SENI & TEKNOLOGI KREATIF
Asia/Kuala_Lumpur timezone
"Seni dalam Gagasan Budaya Madani"

PENELITIAN GARIS PANDUAN SENI REKA GRAFIK DI HOSPITAL SEKITAR KOTA KINABALU, SABAH

Not scheduled
20m
AKADEMI SENI DAN TEKNOLOGI KRETIF, UMS (AKADEMI SENI & TEKNOLOGI KREATIF)

AKADEMI SENI DAN TEKNOLOGI KRETIF, UMS

AKADEMI SENI & TEKNOLOGI KREATIF

BANGUNAN AKADEMI SENI DAN TEKNOLOGI KREATIF (ASTIF) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH JALAN UMS 896088 KOTA KINBABALU
PENULISAN/WRITING

Speaker

Mr Muhammad Fadhli Zailani

Description

Kajian ini bertujuan meneliti garis panduan seni reka grafik di hospital sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Penelitian berdasarkan garis panduan pembuatan poster yang dikeluarkan daripada beberapa hospital. Poster kesihatan telah menjadi sebahagian daripada alat komunikasi dalam seminar, kempen dan pameran kesihatan diseluruh negara. Kajian ini juga akan menilai kesan seni reka grafik dalam industri kesihatan dapat memberi kesedaran terhadap masyarakat ataupun sebaliknya. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk eksperimen penglibatan dalam kerja lapangan telah digunakan dalam kajian ini. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara memerhati dan menemu bual pesakit, keluarga dan kakitangan di hospital swasta dan kerajaan di Kota Kinabalu. Subjek kajian terdiri daripada 3 hospital swasta manakala 2 hospital kerajaan di Kota Kinabalu. Lapan jenis instrument kajian yang akan digunakan kepada pesakit, keluarga dan kakitangan iaitu mengenal pasti matlamat, penyelidikan dan analisis, bentuk dan kandungan, pemilihan warna, ketekalan (konsisten), kemasukan dan perwakilan, perundingan pakar dan penilaian dan kemas kini terhadap seni reka grafik hospital. Hasil kajian menunjukkan bahawa dengan menggunakan instrument yang betul, penciptaan poster dapat dikeluarkan oleh hospital-hospital di Kota Kinabalu. Kesimpulan daripada kajian bahawa garis panduan reka bentuk grafik hospital mesti disesuaikan dengan keperluan dan ciri unik setiap hospital. Implikasi kajian menunjukkan bahawa garis panduan seni reka grafik hospital perlu dijalankan kerana ianya akan memberikan impak yang baik sekali gus dapat menyampaikan informasi kesihatan dan kempen kesedaran kesihatan untuk masyarakat Malaysia.

Kata Kunci : Garis Panduan Poster, Informasi Kesihatan, Hospital, Teori Gestart, Teori Interaksionisme oleh George Herbert Mead (1939)

Primary author

Presentation materials

There are no materials yet.