Sep 12 – 13, 2024 ASTiF
AKADEMI SENI & TEKNOLOGI KREATIF
Asia/Kuala_Lumpur timezone
"Seni dalam Gagasan Budaya Madani"

Sumbangan Koir dalam Penghayatan dan Pelestarian Lagu Etnik Sabah

Not scheduled
20m
AKADEMI SENI DAN TEKNOLOGI KRETIF, UMS (AKADEMI SENI & TEKNOLOGI KREATIF)

AKADEMI SENI DAN TEKNOLOGI KRETIF, UMS

AKADEMI SENI & TEKNOLOGI KREATIF

BANGUNAN AKADEMI SENI DAN TEKNOLOGI KREATIF (ASTIF) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH JALAN UMS 896088 KOTA KINBABALU
MUZIK/MUSIC

Speakers

Mr Elvin Dainal (ASTiF)Mr Kenny David Yuntalla (ASTiF)

Description

Penggunaan Bahasa Ibunda di Sabah semakin pupus ditelan zaman yang moden ini. Biarpun dalam pertuturan harian, mahupun dalam bentuk nyanyian. Maka dengan itu, usaha untuk melestarikan Budaya dan Bahasa yang diperkukuhkan melalui koir dan muzik merupakan salah satu pendekatan yang efisien. Kajian ini meneroka peranan koir dalam penghayatan dan pelestarian lagu etnik Sabah melalui analisis literatur. Dengan menggunakan hasil penelitian sumber-sumber yang berkaitan, kajian ini menyusun pemahaman mengenai sumbangan koir yang memainkan peranan penting dalam melestarikan dan menghidupkan semula lagu-lagu tradisional etnik di Sabah. Hasil kajian menunjukkan bahawa interpretasi yang mendalam dan berkesan dalam menghayati lagu-lagu etnik adalah peranan koir yang penting bagi memperkenalkan lagu-lagu etnik terutamanya kepada komuniti generasi muda. Selain itu, koir turut memainkan peranan dalam melestarikan lagu etnik di Sabah melalui persembahan dan dokumentasi. Walaupun cabaran koir yang mempunyai kekurangan sumber dan kefahaman muzik etnik dalam kalangan anggota koir, kerjasama dengan pakar muzik etnik dan latihan intensif adalah salah satu strategi yang dapat membantu mengatasi cabaran ini. Kesimpulannya, kajian ini menekankan kepentingan dan sumbangan koir dalam menghayati dan melestarikan lagu-lagu etnik di Sabah tanpa melakukan kerja lapangan.

Primary author

Co-author

Mr Elvin Dainal (ASTiF)

Presentation materials

There are no materials yet.