Sep 12 – 13, 2024 ASTiF
AKADEMI SENI & TEKNOLOGI KREATIF
Asia/Kuala_Lumpur timezone
"Seni dalam Gagasan Budaya Madani"

Simbol Budaya Masyarakat Sabah Dalam Karya Seni Arca “Raja Rusa Sabah Bertanduk Lebih Ganjil” Oleh Inauk Gulah

Not scheduled
20m
AKADEMI SENI DAN TEKNOLOGI KRETIF, UMS (AKADEMI SENI & TEKNOLOGI KREATIF)

AKADEMI SENI DAN TEKNOLOGI KRETIF, UMS

AKADEMI SENI & TEKNOLOGI KREATIF

BANGUNAN AKADEMI SENI DAN TEKNOLOGI KREATIF (ASTIF) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH JALAN UMS 896088 KOTA KINBABALU
TEKNOLOGI SENI VISUAL/VISUAL ART TECHNOLOGY

Speaker

Mr Rohasmezan Hashim

Description

Seni arca adalah salah satu objek yang menjadi simbol budaya dalam sesuatu masyarakat. Ia mempunyai kaitan dengan aktiviti kehidupan seharian sesebuah masyarakat setempat. Pengarca sebagai pembuat arca menghasilkannya dengan mengolah pelbagai media dan teknik bagi membentuk serta membina jasadnya yang bersifat tiga dimensi. Pengarca meluahkan idea pada bentuk dan makna arca bagi menyampaikan mesej secara tersurat dan tersirat. Kajian ini akan menjelaskan arca “Raja Rusa Sabah Bertanduk Lebih Ganjil” yang dihasilkan oleh Inauk Gulah menjadi simbol kepada budaya masyarakat setempat di negeri Sabah yang menpunyai mesej tentang aktiviti kehidupan mereka. Bagi menginterpretasi arca yang dikaji, teori ikonografi diaplikasikan bagi mengeluarkan ikon budaya pada reka bentuk arca dan makna dalaman tentang budaya masyarakat Sabah. Teori ikonografi diaplikasikan secara tiga peringkat iaitu peringkat pertama adalah peringkat asas yang mengkaji olahan asas seni reka pada reka bentuk arca. Peringkat yang kedua adalah peringkat sekunder mengkaji olahan asas seni reka bergabung membentuk ikon atau motif atau imej rusa dalam aktiviti kehidupan masyarakat setempat di Sabah. Akhir sekali, peringkat ketiga adalah peringkat interinsik iaitu cantuman kajian dalam peringkat yang pertama dan kedua melahirkan makna dalaman yang membawa mesej tentang budaya dalam aktiviti kehidupan masyarakat setmpat di Sabah. Kajian ikonografi terhadap arca “Raja Rusa Sabah Bertanduk Lebih Ganjil” yang dihasilkan oleh Inauk Gulah telah mengesan simbol budaya masyarakat di Sabah terdapat pada reka bentuk dan makna tersiratnya.

Primary author

Co-author

Dr Zaimie Sahibil (Co-author)

Presentation materials

There are no materials yet.