Sep 12 – 13, 2024 ASTiF
AKADEMI SENI & TEKNOLOGI KREATIF
Asia/Kuala_Lumpur timezone
"Seni dalam Gagasan Budaya Madani"

ADAT “MELAGAU-LAGAU”: DARI LISAN KE CETAKAN DAN DIGITAL / The Tradition of "Melagau-Lagau": From Oral to Print and Digital

Not scheduled
20m
AKADEMI SENI DAN TEKNOLOGI KRETIF, UMS (AKADEMI SENI & TEKNOLOGI KREATIF)

AKADEMI SENI DAN TEKNOLOGI KRETIF, UMS

AKADEMI SENI & TEKNOLOGI KREATIF

BANGUNAN AKADEMI SENI DAN TEKNOLOGI KREATIF (ASTIF) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH JALAN UMS 896088 KOTA KINBABALU
PENULISAN/WRITING

Speaker

Dr SYAHWAL NIZAM HAJI YANI (Penolong Pensyarah, Program Kesusasteraan Melayu, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Brunei Darussalam)

Description

ADAT “MELAGAU-LAGAU”:
DARI LISAN KE CETAKAN DAN DIGITAL
Oleh
Dr. Syahwal Nizam Bin Haji Yani

abstrak

Akhir-akhir ini “melagau-lagau’ sebagai satu adat dan tradisi orang Brunei tidak lagi dipraktikkan. Melagau-lagau merupakan amalan menjemput tetamu seketika adanya majlis-majlis tertentu terutama majlis perkahwinan. Majlis perkahwinan mengandungi proses secara berfasa dan berkronologi. Setiap satunya dilakukan secara tertib. Ketertiban ini mencerminkan budaya santun orang Brunei seperti adat melagau-lagau. Adat melagau-lagau merupakan cara yang ‘kamas’ dilakukan untuk menjemput tetamu (panggilan) untuk hadir ke majlis yang dimaksudkan. Cara yang kamas itu dari sudut pakaian, tutur kata, perbuatan dan gerak badannya (gesture). Hanya orang-orang tertentu atau pilihan saja yang melakukannya. Kebiasaannya orang yang berumur yakni warga emas. Adat melagau-lagau mula terancam apabila wujudnya kad jemputan yang bermula dari cetakan secara stencil duplicator sehingga dalam bentuk kad yang pelbagai bentuk, dekorasi dan ‘seni’ kata yang menjadi template kandungannya. Namun demikian, ledakan teknologi informasi dan komunikasi canggih dengan menyediakan media komunikasi mudah dan cepat seperti media sosial menenggelamkan adat melagau-lagau yang suatu ketika mengisi perilaku santun orang Brunei sewaktu menjemput panggilan bagi majlis tertentu. Selain memperkatakan sejarah pekembangan melagau-melagau ini, makalah ini menimbang tara kesan pro dan kontranya mempraktikkan jemputan majlis perkahwinan melalui media sosial. Melihat senario masa kini, bukan saja kad jemputan secara dominan disalurkan melalui media sosial, malahan dilampirkan dengan borang kehadiran majlis perkahwinan seperti RSV docs.google.com.

Kata Kunci: Adat melagau-lagau Brunei, lisan, cetakan, dan digital, kesan

The Tradition of "Melagau-Lagau": From Oral to Print and Digital
By
Dr. Syahwal Nizam Bin Haji Yani

Abstract
Recently, the tradition of "melagau-lagau" as a cultural practice of the Bruneian people has seen a decline. Melagau-lagau is a practice of inviting guests to specific events, particularly weddings, which involves a phased and chronological process. Each phase is carried out with decorum, reflecting the Bruneian culture of courtesy. The tradition is performed in a 'kamas' manner, encompassing specific attire, speech, actions, and gestures. Traditionally, only certain individuals, usually elderly people, perform this practice. The tradition began to wane with the advent of printed invitations, from early stencil duplicator to variously designed and decorated cards. The rapid advancement of information and communication technology, particularly through social media, has overshadowed the practice of melagau-lagau. This paper explores the historical development of melagau-lagau and evaluates the pros and cons of using social media for wedding invitations. Today, not only are invitations predominantly distributed via social media, but they are also accompanied by attendance forms such as RSV docs.google.com.

Primary authors

Dr SYAHWAL NIZAM HAJI YANI (Penolong Pensyarah, Program Kesusasteraan Melayu, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Brunei Darussalam) SYAHWAL NIZAM HAJI YANI

Presentation materials

There are no materials yet.