Sep 12 – 13, 2024 ASTiF
AKADEMI SENI & TEKNOLOGI KREATIF
Asia/Kuala_Lumpur timezone
"Seni dalam Gagasan Budaya Madani"

STRUKTUR PERSEMBAHAN UPACARA INASI MASYARAKAT MURUT PALUAN

Not scheduled
20m
AKADEMI SENI DAN TEKNOLOGI KRETIF, UMS (AKADEMI SENI & TEKNOLOGI KREATIF)

AKADEMI SENI DAN TEKNOLOGI KRETIF, UMS

AKADEMI SENI & TEKNOLOGI KREATIF

BANGUNAN AKADEMI SENI DAN TEKNOLOGI KREATIF (ASTIF) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH JALAN UMS 896088 KOTA KINBABALU
TEATER/THEATRE

Speaker

Muhamed Syafiq Salleh (University Malaysia of Sabah)

Description

Masyarakat Murut merupakan salah satu etnik terbesar yang berada di negeri Sabah. Sub etnik Murut dapat dipecahkan kepada 12 pecahan utama seperti Murut Tahol, Paluan, Bookan dan lain-lain lagi. Masyarakat Murut tidak asing dengan kekayaan adat, budaya dan kesenian yang tersendiri. Adat perkahwinan adalah satu adat yang masih diamalkan hingga masa kini. Pemberian berian terakhir merupakan satu upacara yang unik dalam adat perkahwinan Masyarakat. Hampir kesemua Masyarakat Murut di Sabah melaksanakannya dengan cara yang tersendiri. Murut Paluan khususnya menyebut berian terakhir sebagai upacara inasi. Upacara ini diadakan secara besar-besaran untuk meraikan tetamu yang hadir dengan pelbagai persembahan. Sehubungan itu, makalah ini membincangkan struktur persembahan yang terdapat dalam inasi dari perspektif seni persembahan. Kajian asas dirangka bagi memenuhi kaedah kualitatif yang diaplikasikan sebagai reka bentuk kajian untuk proses kutipan data. Kajian lapangan dan analisis kandungan serta temu bual mendalam dilaksanakan bagi menjalankan penelitian dan analisis kajian. Hasil kajian mendapati inasi diadakan sekitar tiga hingga tujuh hari bermula dari waktu pagi hingga waktu malam. Terdapat 13 acara dan persembahan utama yang dijalankan untuk menyempurnakan upacara inasi secara keseluruhan. Setiap persembahan itu dijalankan mengikut tertib dan urutan yang telah ditetapkan dari turun temurun. Setiap persembahan dan acara tersebut mempunyai pemaknaan kepada objektif perlaksanaan inasi. Upacara inasi menjadi satu simbol kesepakatan dan kekeluargaan Masyarakat Murut. Justeru, inasi tidak hanya berfungsi sebagai pelengkap adat tetapi turut memaparkan sudut pandang dunia Masyarakat Murut Paluan.

Kata kunci: Murut, Murut Paluan, inasi, seni persembahan

Primary author

Muhamed Syafiq Salleh (University Malaysia of Sabah)

Co-authors

Presentation materials

There are no materials yet.