Sep 12 – 13, 2024 ASTiF
AKADEMI SENI & TEKNOLOGI KREATIF
Asia/Kuala_Lumpur timezone
"Seni dalam Gagasan Budaya Madani"

FALSAFAH DALAM RAGAM HIAS KAROH SUANG LOTUD DAERAH TUARAN, SABAH

Not scheduled
20m
AKADEMI SENI DAN TEKNOLOGI KRETIF, UMS (AKADEMI SENI & TEKNOLOGI KREATIF)

AKADEMI SENI DAN TEKNOLOGI KRETIF, UMS

AKADEMI SENI & TEKNOLOGI KREATIF

BANGUNAN AKADEMI SENI DAN TEKNOLOGI KREATIF (ASTIF) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH JALAN UMS 896088 KOTA KINBABALU
TARI/DANCE

Speakers

Mr Mohd Kamarudin Mohd Daud VICTOR PANGAYAN

Description

Etnik Suang Lotud merupakan salah satu penutur bahasa dusunik dan banyak mendiami kawasan Pantai Barat Sabah, khususnya di Daerah Tuaran, dan Tamparuli. Seperti sub-etnik Kadazan Dusun yang lain, Suang Lotud juga mempunyai kostum dan aksesori tradisionalnya yang tersendiri. Antara aksesori yang menjadi identiti utama ialah karoh yang sering dipakai sebagai hiasan leher gelongan lelaki. Kaedah pemerhatian secara langsung, serta temubual secara mendalam terhadap beberapa informan dibeberapa kampung terpilih telah dijalankan bagi mengumpul maklumat berkaitan dengan falsafah yang terukir disebalik ragam hias karoh Suang Lotud. Kajian ini bertujuan bagi memahami falsafah kehidupan Suang Lotud yang tercanai bersama keindahan dan nilai artistik karoh yang semakin tinggi nilainya. Selain daripada itu, ia juga sebagai salah satu usaha dokumentasi keatas aksesori mereka yang semakin sukar didapati masa kini. Data yang diperolehi mendapati bahawa, terdapat falsafah kehidupan Suang Lotud masa silam yang terukir bersama keindahan ragam hias karoh yang menjadi hantaran perkahwinan mereka di zaman silam. Karoh juga mempunya beberapa jenis mengikut ukiran dan nilainya yang tersendiri. Oleh itu, falsafah Suang Lotud yang terkandung didalam ragam hias karoh ini perlu didalami dan difahami agar pemakaiannya bukan sahaja sebagai aksesori semata-mata tetapi juga sebagai identiti jati diri Suang Lotud yang bernilai tinggi.

Primary author

Co-authors

Presentation materials

There are no materials yet.