Speaker
Description
Kajian ini membahaskan peranan dan fungsi pencahayaan dalam pementasan dekon, suatu bentuk teater minimalis yang menekankan keupayaan pelakon yang dikenali sebagai dekonis untuk menyampaikan cerita melalui lakonan mereka. Artikel ini menggariskan enam fungsi utama pencahayaan dalam dekon: kejelasan, persepsi dimensi, mood, komposisi, fokus, dan kredibiliti. Dalam dekon, pencahayaan digunakan untuk menonjolkan ekspresi wajah dan gerakan dekonis, menambah kedalaman visual dan emosi tanpa bergantung kepada elemen visual yang kompleks. Teknik pencahayaan yang dibincangkan termasuk susun letak lampu dengan high-angle, low-angle, backlight, dan sidelight serta pendekatan pencahayaan seperti single-point, two-point, three-point, dan four-point
lighting. Perbandingan juga dibuat antara pencahayaan dalam pementasan dekon dan teater kontemporari, yang
menunjukkan bahawa pencahayaan dekon lebih sederhana namun efektif dalam menonjolkan lakonan dekonis. Penelitian ini menekankan pentingnya pencahayaan dalam mencipta suasana dan mengekalkan fokus pada
pelakon untuk meningkatkan pengalaman penonton.
Kata Kunci: Pencahayaan, Dekon, Lakonan, Susun Letak Lampu, Teknik Pencahayaan