Speaker
Mazrona Kalinggalan
(Ms)
Description
Penelitian ini merupakan satu tinjauan untuk melihat bagaimana keterlibatan pelajar dalam pelaksanaan sebuah produksi teater dapat membangun kemahiran kepimpinan. Tinjauan dijalankan dengan membuat temubual bersama 15 responden terdiri pelajar tahun akhir teater yang terlibat dalam melaksanakan tiga produksi teater. Data dianalisis menggunakan pendekatan analisis tematik. Hasil analisis mendapati bahawa pelaksanaan sebuah produksi teater berupaya membantu dalam membangunkan kemahiran kepimpinan dalam kalangan pelajar.
Kata kunci: kemahiran kepimpinan, produksi teater, kemahiran insaniah dan teater, teater dalam pendidikan, teater untuk pembangunan sosial.
Primary author
Mazrona Kalinggalan
(Ms)