Sep 12 – 13, 2024 ASTiF
AKADEMI SENI & TEKNOLOGI KREATIF
Asia/Kuala_Lumpur timezone
"Seni dalam Gagasan Budaya Madani"

Puisi Esei Ihsan MADANI dalam Antologi Selipar Bersalut Lumpur dan Lakaran Cinta Buat Anak Syurga

Not scheduled
20m
AKADEMI SENI DAN TEKNOLOGI KRETIF, UMS (AKADEMI SENI & TEKNOLOGI KREATIF)

AKADEMI SENI DAN TEKNOLOGI KRETIF, UMS

AKADEMI SENI & TEKNOLOGI KREATIF

BANGUNAN AKADEMI SENI DAN TEKNOLOGI KREATIF (ASTIF) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH JALAN UMS 896088 KOTA KINBABALU
PENULISAN/WRITING

Speaker

Fatin Najla Omar (Miss)

Description

Sastera dikatakan sebagai kunci kepada pembentukan peradaban manusia dan ia harus tetap bersifat inklusif dalam era moden pada masa kini (Martin Puchner 2017). Sejajar dengan peranan sastera kebangsaan dalam Malaysia Madani, satu asas penting yang menjadikan sastera kebangsaan relevan dalam kerangka Malaysia adalah pemahaman konsep Madani khususnya komponen ihsan. Komponen ihsan ditakrif dengan tepat oleh Noor Mohamad Shakil Hameed (My Metro 23/7/2024) sebagai “peduli dan belas kasihan, iaitu mengasihi orang lain merangkumi ahli keluarga, sahabat handai, jiran tetangga dan anggota masyarakat secara keseluruhan termasuk golongan minoriti” perlu ditelitikan sebagai asas keapda konsep Madani Malaysia. Persoalan siapa, apa, bagaimana dan bila konsep ihsan ini boleh diaplikasi bermula dengan kebolehan “ber-ihsan” yang merujuk kepada kebolehan berasa penderitaan dan kemelaratan orang lain supaya supaya bertindak untuk membantu dalam penyelesaian masalah mereka. Artikel ini bertujuan meninjau dan meneliti erti “ihsan” dalam konsep “Madani” melalui padangan yang terungkap dalam puisi-puisi esei terpilih karya Haliza Matali, Salvia Rose dan Fatin Najla yang diterbitkan dalam buku Antologi Puisi Esei Selipar Bersalut Lumpur dan Lakaran Cinta Buat Anak Syurga (2024). Antologi ini menghimpunkan kisah-kisah manusia yang diadunkan dengan kisah daya cipta dalam pengupayaan modal insan, kearifan tempatan dan berbelas ihsan terhadap sesama manusia. Kaedah kajian dengan analisis tekstual atas 3 buah puisi akan diserlah dalam bentuk genre puisi esei memandangkan genre tersebut telah diiktiraf sebagai suatu cabangan dalam kesusasteraan Melayu moden. Penampilan analisis puisi-puisi tersebut mendedahkan nilai ekstrinsik dalam konsep Malaysia Madani dengan menyumbang kepada penakrifan baru nilai-nilai kemanusiaan sejagat dengan lensa sosio-politik dan ekonomi adil dan bersatu padu.

Kata kunci: Sastera, puisi, puisi esei, Madani, nilai kemanusiaan

Primary author

Co-author

Chee Cheang Sim (Universiti Malaysia Sabah)

Presentation materials

There are no materials yet.