Sep 12 – 13, 2024 ASTiF
AKADEMI SENI & TEKNOLOGI KREATIF
Asia/Kuala_Lumpur timezone
"Seni dalam Gagasan Budaya Madani"

PENGGUNAAN VIDEO YOUTUBE DALAM PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DAN PENGAJIAN AM

Not scheduled
20m
AKADEMI SENI DAN TEKNOLOGI KRETIF, UMS (AKADEMI SENI & TEKNOLOGI KREATIF)

AKADEMI SENI DAN TEKNOLOGI KRETIF, UMS

AKADEMI SENI & TEKNOLOGI KREATIF

BANGUNAN AKADEMI SENI DAN TEKNOLOGI KREATIF (ASTIF) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH JALAN UMS 896088 KOTA KINBABALU
PERFILEMAN/FILM

Speaker

rosli sareya

Description

Pembelajaran berasaskan teknologi dilihat mampu memberi impak yang positif terhadap pencapaian murid di peringkat sekolah menengah. Kajian ini bertujuan untuk melihat penggunaan video menerusi YouTube bagi meningkatkan minat dan pencapaian murid dalam pembelajaran di sekolah menengah. Kajian ini dilaksanakan di sebuah sekolah menengah daerah Tawau Sabah. Rekabentuk kajian ini menggunakan kaedah kuasi eksperimen yang terdiri daripada dua kumpulan dengan menggunakan pendekatan kualitatif dalam proses pengumpulan data dan penganalisisan data kajian. Populasi kajian adalah seramai 30 murid, sampel kajian ini adalah persampelan bertujuan berdasarkan ciri yang telah ditetapkan yang terdiri daripada 15 orang murid tingkatan 5 dan 15 murid tingkatan 6 yang dibahagikan kepada kumpulan kawalan. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik dan set ujian serta temubual secara berkelompok untuk mengukur tahap kefahaman dan minat murid terhadap penggunaan video YouTube dalam pembelajaran Bahasa Melayu dan Pengajian Am. Dapatan kajian menunjukkan pemahaman dan minat amat ketara bagi kedua kumpulan kerana kesan penggunaan video YouTube dalam Bahasa Melayu dan Pengajian Am yang mudah difahami. Ini menunjukkan penggunaan bahan pengajaran seperti video YouTube dapat meningkatkan minat dan kefahaman murid terhadap matapelajaran Bahasa Melayu matapalejaran Pengajian Am. Kesimpulannya kajian ini dapat memberi kesan positif kepada murid dan guru dalam mengaplikasikan penggunaan video YouTube dalam kelas.

Primary author

Presentation materials

There are no materials yet.