Sep 12 – 13, 2024 ASTiF
AKADEMI SENI & TEKNOLOGI KREATIF
Asia/Kuala_Lumpur timezone
"Seni dalam Gagasan Budaya Madani"

KRETERIA PENGADILAN JURI DALAM PERTANDINGAN MISS CULTURAL II

Not scheduled
20m
AKADEMI SENI DAN TEKNOLOGI KRETIF, UMS (AKADEMI SENI & TEKNOLOGI KREATIF)

AKADEMI SENI DAN TEKNOLOGI KRETIF, UMS

AKADEMI SENI & TEKNOLOGI KREATIF

BANGUNAN AKADEMI SENI DAN TEKNOLOGI KREATIF (ASTIF) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH JALAN UMS 896088 KOTA KINBABALU
TEKNOLOGI SENI VISUAL/VISUAL ART TECHNOLOGY

Speaker

Ms Saniah Ahmad (Akademi Seni dan Teknologi Kreatif, Universiti Malaysia Sabah)

Description

Kertas kerja ini membincangkan mengenai kriteria pengadilan juri acara Pertandingan Miss Cultural II yang mengetengahkan keindahan pelbagai kostum etnik serta mengambarkan keunikan budaya etnik di Sabah. Acara pertandingan Miss Cultural ini julung kalinya diadakan pada tahun 2023. Memandangkan sambutan dari peserta yang menyertai pertandingan ini sangat menggalakkan, Pertandingan Miss Cultural telah dilanjutkan penganjurannya pada tahun 2024 buat kali kedua. Kriteria penjurian dan konsep pertandingan acara ini hampir sama dengan konsep pertandingan ratu cantik. Namun demikian, dikenalpasti terdapat beberapa perubahan pemberian markah untuk kriteria utama dan kriteria sampingan dalam borang penjurian untuk penganjuran Miss Cultural pada tahun 2024 berbanding penganjuran pertandingan Miss Cultural pada tahun 2023.Metod penelitian untuk kajian ini dengan membuat penelitian dokumen berkaitan dengan pengajuran acara ini dengan membuat perbandingan seperti nilai markah untuk kriteria utama dan juga kriteria sampingan dalam borang penilaian juri, serta mewawancara ahli jawatan kuasa pengajur yang terlibat dalam acara ini. Hasil kajian mendapati kriteria pemarkahan penjurian ditambahbaik bersesuaian dengan konsep asal Pertandingan Miss Cultural yang lebih menumpukan kepada kecantikan luaran dari aspek pemakaian kostum dan aksessori lengkap serta keayuan peserta yang memperagakan kostum tersebut untuk mewakili keindahan budaya sesuatu Etnik masing-masing.

Kata Kunci:
Kriteria Pengadilan, Penganjuran Acara, Pertandingan Ratu Cantik, Miss Cultural, Keunikan Budaya, Kostum Etnik

Primary author

Ms Saniah Ahmad (Akademi Seni dan Teknologi Kreatif, Universiti Malaysia Sabah)

Presentation materials

There are no materials yet.