Sep 12 – 13, 2024 ASTiF
AKADEMI SENI & TEKNOLOGI KREATIF
Asia/Kuala_Lumpur timezone
"Seni dalam Gagasan Budaya Madani"

CERPEN-CERPEN SABAH TERPILIH BERSANDARKAN LATAR MADANI

Not scheduled
20m
AKADEMI SENI DAN TEKNOLOGI KRETIF, UMS (AKADEMI SENI & TEKNOLOGI KREATIF)

AKADEMI SENI DAN TEKNOLOGI KRETIF, UMS

AKADEMI SENI & TEKNOLOGI KREATIF

BANGUNAN AKADEMI SENI DAN TEKNOLOGI KREATIF (ASTIF) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH JALAN UMS 896088 KOTA KINBABALU
PENULISAN/WRITING

Speaker

Norsuhaila Sulaiman (Dr)

Description

Hasil ciptaan karya sastera seperti cerpen membolehkan khayalak pembaca menikmati dan menghayati apabila penulis dapat beradaptasi dengan latar yang mencerminkan keseimbangan dalam kehidupan. Lantaran itu, terdapat tujuh buah cerpen terpilih yang melibatkan sumbangan enam orang penulis Sabah menerusi majalah Wadah pada tahun 1987 hingga tahun 1990. Antaranya cerpen ‘Kerana Kerbau Udin’ (Mohd Safri Mokti, Mac 1987), ‘Penunggu’ (Harun Hj Salleh, Jun 1988), Dunia Baru (Rosenani Sablee, September 1989), Sawah (Suzita Janaun, Jun 1990), Editha Zamora (Amil Jaya, Jun 1990), Kuntum Berputik (Sitti Rahmah G. Ibrahim, Disember 1990) dan Usahawan Tua (Harun Hj Salleh, Disember 1990). Setiap pengisahan, memfokuskan aspek latar yang merangkumi latar tempat, masa dan budaya yang berlandaskan elemen Madani. Kajian ini menggunakan kajian kepustakaan bagi menyokong analisis teks cerpen. Sehubungan itu, kajian ini memfokuskan kepada tiga daripada enam kerangka teras madani, iaitu kemampanan, kesejahteraan dan hormat. Dapatan kajian mendapati bahawa peranan latar sangat penting membantu pembaca memahami konteks cerita sejajar dengan kehidupan multi-etnik.

Primary author

Co-author

Presentation materials

There are no materials yet.