Speaker
Description
Penulisan ini mencuba untuk mempersembahkan hasil penyelidikan, berkenaan motif simbol Bugis Sabah yang terdapat pada senjata dan tekstil. Pendekatan deskriptif secara kualitatif melalui wawancara, pemerhatian, dokumen, dan tinjauan literatur digunakan, bagi data dianalisis. Paradigma kualitatif, yang dinisbahkan kepada model etnografi Clifford Geertz, diguna pakai bagi pentafsiran makna. Analisis motif pada senjata dan tekstil Bugis Sabah, sarat dengan unsur falsafah dan pemaknaan simbolik, pada tatanan motif. Kajian mendapati, motif tekstil Bugis Sabah mempunyai makna simbolik tertentu, misalnya warna hijau untuk wanita bangsawan, warna merah untuk gadis remaja, warna oren dan merah untuk wanita yang sudah berkahwin, warna ungu untuk janda, warna hitam untuk orang tua serta warna putih untuk pembantu dan dukun. Pada perspektif makna dalam senjata masyarakat Bugis Sabah, yakni keris, badik dan pedang yang dinamai Pamor Polobessi. Pamor Polobessi membawa nilai-nilai kepahlawanan (arowaenengeng) dan motif abbaramparengeng pula, bermaksud kekayaan. Di samping itu, pihak berkuasa yang dikenali sebagai arajangeng, diletakkan di Polobessi. Pada kesimpulannya, penganalisisan pada tanda dan simbol Bugis Sabah, mencerminkan sebuah ekspresi keestetikaan, yang telah berakar lama dalam akar serta budaya masyarakat yang unik ini.