Sep 12 – 13, 2024 ASTiF
AKADEMI SENI & TEKNOLOGI KREATIF
Asia/Kuala_Lumpur timezone
"Seni dalam Gagasan Budaya Madani"

KEMAMPUAN NOVEL TUNGGU TEDUH DULU DALAM MELAHIRKAN MASYARAKAT MADANI: SATU PERBINCANGAN

Not scheduled
20m
AKADEMI SENI DAN TEKNOLOGI KRETIF, UMS (AKADEMI SENI & TEKNOLOGI KREATIF)

AKADEMI SENI DAN TEKNOLOGI KRETIF, UMS

AKADEMI SENI & TEKNOLOGI KREATIF

BANGUNAN AKADEMI SENI DAN TEKNOLOGI KREATIF (ASTIF) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH JALAN UMS 896088 KOTA KINBABALU
PENULISAN/WRITING

Speaker

Dr Norsuhaila Sulaiman (UMS)

Description

Salah satu keistimewaan sastera ialah keupayaannya mencerminkan hidup manusia. Segala yang berlaku dalam kehidupan manusia dapat dijelmakan dalam penceritaan sama ada dalam novel, cerpen, puisi ataupun drama. Karya kreatif yang terhasil ini pula mengangkat pelbagai tema dan persoalan yang berlaku dalam kehidupan masyarakat. Dalam konteks masyarakat madani iaitu istilah yang digunakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia yang ke-10, sastera sudah lama memainkan peranannya untuk melahirkan masyarakat madani yang berilmu, berdaya cipta, penuh dengan sifat ihsan, teguh kepercayaannya dan saling hormat-menghormati dalam kehidupan bermasyarakat. Asas kepada agama yang utuh mampu mencorak masyarakat madani yang ingin dihasilkan. Senario ini dapat dikupas melalui karya sastera. Kertas kerja ini membincangkan salah satu karya kreatif garapan pengarang berbakat besar, Faisal Tehrani dalam novel Tunggu Teduh Dulu yang dilihat mampu membentuk masyarakat madani seperti yang diharapkan oleh kerajaan pada masa kini. Kaedah kajian yang digunakan untuk mengkaji novel ini ialah analisis tekstual. Impak kepada kajian ini diharapkan dapat membuka mata masyarakat untuk mendalami karya sastera dan tidak memandang enteng peranan sastera dalam kehidupan masyarakat.

Kata kunci: manusia, madani, masyarakat, agama, sastera

Primary author

Co-authors

Presentation materials

There are no materials yet.