Speaker
Description
PERSIDANGAN ANTARABANGSA SENI DAN TEKNOLOGI KREATIF 2024 (PASTIK24)
12 – 13 September 2024
Akademi Seni dan Teknologi Kreatif, Universiti Malaysia Sabah
REKA BENTUK KUBU ALICE DI SARAWAK TAHUN 2013 SEHINGGA 2023
(Reka Bentuk Kubu Alice di Sarawak)
Ariff bin Morshidi1*
Junior Kimwah2
1&2 Akademi Seni dan Teknologi Kreatif, Universiti Malaysia Sabah,
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah
ariffmorshidi00@gmail.com, juniorkimwah@ums.edu.my
Kubu merupakan sebuah bangunan pertahanan peninggalan perang yang masih boleh dilihat pada hari ini. Penghasilan kubu terjadi oleh faktor keselamatan ketika peperangan sebagai tempat perlindungan para tentera sebelum menyerang, ada juga yang menyerang dari dalam kubu dan merupakan pertahanan terakhir ketika diserang oleh musuh. Sesebuah kubu pasti mempunyai reka bentuk tersendiri disebabkan situasi yang dihadapi dan suasana persekitaran akibat peperangan ketika itu. Begitu juga dengan reka bentuk kubu yang berada di Sri Aman, Sarawak. Reka bentuk kubu ini seperti rumah penduduk tempatan di Sri Amandan digabungkan dengan pengruh British pada zaman James Brooke. Penyelidikan ini bertujuan untuk melihat reka bentuk kubu secara keseluruhan dan penggunaan eleman dalam reka bentuk sebagai kelebihan kepada pengguna kubu. Selain itu, penyelidikan ini mengenal pasti perbezaan perubahan kubu dalam jangka masa dari tahun 2013 sehingga 2023 dan perbezaan reka bentuk dan penggunaan kubu sekarang dan zaman James Brooke. Metod yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah pendekatan kualitatif, iaitu mengumpulkan data menggunakan sumber primer melalui temu bual, pemerhatian serta kajian lapangan. Selain itu, penyelidik juga bercadang untuk mendapatkan data sokongan melalui sumber sekunder iaitu rujukan perpustakaan, jurnal, dokumen peribadi dan bahan audio visual. Data perolehan penyelidikan dianalisis menggunakan teori Konstruktivisme. Teori ini merupakan teori yang diasaskan oleh Vladimir Tatlin. Dapatan daripada penyelidikan ini adalah untuk melihat bagaimana pengaruh seni yang wujud dalam reka bentuk dari kubu ini.
Kata kunci: James Brooke, Kubu Alice, pertahanan, reka bentuk, Sarawak