Sep 12 – 13, 2024 ASTiF
AKADEMI SENI & TEKNOLOGI KREATIF
Asia/Kuala_Lumpur timezone
"Seni dalam Gagasan Budaya Madani"

SATU EKSPLORASI MUZIKOLOGI TERHADAP MUZIK POPULAR KRISTIAN

Not scheduled
20m
AKADEMI SENI DAN TEKNOLOGI KRETIF, UMS (AKADEMI SENI & TEKNOLOGI KREATIF)

AKADEMI SENI DAN TEKNOLOGI KRETIF, UMS

AKADEMI SENI & TEKNOLOGI KREATIF

BANGUNAN AKADEMI SENI DAN TEKNOLOGI KREATIF (ASTIF) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH JALAN UMS 896088 KOTA KINBABALU
MUZIK/MUSIC

Speaker

Eleazar Mikhael Edward

Description

PERSIDANGAN ANTARABANGSA SENI DAN TEKNOLOGI KREATIF 2024 (PASTIK24)
12 - 13 September 2024

Tajuk:
Satu Eksplorasi Muzikologi Terhadap Muzik Popular Kristian

Eleazar Mikhael Edward, & Elvin Dainal

Akademi Seni dan Teknologi Kreatif,
Universiti Malaysia Sabah
Emel: eleazar.mikhael@gmail.com, elvindainal@ums.edu.my

Kajian mengenai satu eksplorasi muzikologi terhadap muzik popular kristian kurang dititik beratkan. Biarpun dimainkan dan didengar secara langsung. Maka dengan itu, usaha untuk melestarikan Muzik Popular Kristian melalui satu eksplorasi muzikologi terhadap muzik popular kristian. Kajian ini melampirkan tinjauan dalam muzik popular kristian dengan berfokuskan pada ciri-ciri yang terkandung di dalamnya melalui analisis literatur. Dengan menggunakan hasil penelitian sumber-sumber yang berkaitan, kajian ini menyusun pemahaman mengenai muzik popular kristian yang memainkan peranan penting dalam melestarikan dan menghidupkan semula muzik-muzik popular kristian dahulu. Hasil kajian menunjukkan bahawa interpretasi yang mendalam dan berkesan dalam menghayati muzik popular kristian adalah peranan penting bagi memperkenalkan muzik ini terutamanya kepada komuniti generasi muda. Selain itu, cabaran eksplorasi muzikologi terhadap muzik popular kristian turut memainkan peranan dalam melestarikan muzik melalui dokumentasi. Walaupun cabaran eksplorasi muzikologi terhadap muzik popular kristian yang kekurangan sumber dan pemahaman muzik di kalangan pendengar, kerjasama dengan pakar muzik popular dan latihan intensif adalah salah satu strategi yang dapat membantu mengatasi cabaran ini. Rumusnya, kajian ini menekankan kepentingan satu eksplorasi muzikologi terhadap muzik popular kristian tanpa melakukan kerja lapangan secara langsung.

Kata Kunci: Eksplorasi, Muzikologi, Popular, Pelestarian, Penghayatan, Muzik

Primary author

Co-author

Presentation materials

There are no materials yet.