November 13, 2025 FPKS
Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial, UMS
Asia/Kuala_Lumpur timezone

KONFLIK DALAMAN DAN PROSES PEMBENTUKAN IDENTITI : APLIKASI TEORI ADLERIAN DALAM KAUNSELING INDIVIDU

Not scheduled
20m
Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial, UMS

Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial, UMS

Faculty of Psychology and Social Work, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
Full Paper Submission Case Study and Good Practices in Counselling / Kajian Kes dan Amalan Terbaik dalam Kaunseling

Speaker

NUR AIMIE SYADIYAH BINTI MOHD HOZANI (UMS)

Description

Abstrak: Isu psikososial merupakan salah satu cabaran yang dihadapi oleh pelajar universiti yang boleh berpunca daripada tekanan keluarga, konflik diri dan juga emosi. Kajian kes ini bertujuan untuk meneroka bagaimana pendekatan Teori Adlerian dapat membantu pelajar universiti yang berhadapan dengan konflik dalaman dan proses pembentukan identiti. Konseptualisasi kes adalah berdasarkan sesi kaunseling pelajar lelaki yang mempunyai konflik antara keinginan diri dan keluarga. Sesi telah dijalankan berasaskan empat fasa dalam terapi Adlerian iaitu pembinaan hubungan, penerokaan gaya hidup, dorongan wawasan (insight) dan orientasi semula. Hasil kajian menunjukkan klien mempunyai perubahan dari sudut kesedaran kendiri, keseimbangan antara tanggungjawab sosial dan diri, dan menetapkan sempadan antara diri dan keluarganya. Hasil kajian juga menunjukkan kepentingan nilai kerohanian dan konsep social interest terhadap kesejahteraan psikososial klien.

Kata kunci: Teori Adlerian, Pembentukan Identiti Diri, Konflik Dalaman, Kaunseling Individu

Primary authors

NUR AIMIE SYADIYAH BINTI MOHD HOZANI (UMS) Sabihah Johan (UMS)

Presentation materials