November 13, 2025 FPKS
Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial, UMS
Asia/Kuala_Lumpur timezone

STRES, PENGLIBATAN KERJA DAN KEINGINAN BERHENTI KERJA DALAM KALANGAN PENGHANTAR MAKANAN

Not scheduled
20m
Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial, UMS

Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial, UMS

Faculty of Psychology and Social Work, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
Abstract Submission Psychology and Social Well-being / Psikologi dan Kesejahteraan Sosial

Speakers

Beddu Salam BacoProf. Mohd. Dahlan Hj. A. MalekDr Muhammad Idirs Hj. Bullare@ Bahari

Description

Kajian mengenai penghantar makanan masih sangat sukar ditemui dan perlu didokumentasikan kerana pekerjaan penghantar makanan semakin menjadi plilihan ramai di seluruh dunia termasuk Malaysia. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan mengenalpasti hubungan antara tahap stres dengan penglibatan kerja penghantar makanan, mengenalpasti hubungan antara tahap stres dengan keinginan berhenti kerja penghantar makanan, dan mengenalpasti hubungan antara penglibatan kerja dan keinginan berhenti kerja dalam kalangan penghantar makanan. Seramai 97 orang penghantar makanan menjadi peserta dalam kajian ini yang kesemuanya bekerja di sekitar Daerah Kota Kinabalu. Borang soal selidik American Institute of Stress (AIS) Stress Survey, Utrecht Work Engagement Scale (UWES), dan Intention To Quit (ITQ) digunakan untuk mendapatkan maklumbalas daripada peserta kajian. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package Social Science (SPSS) for Windows. Hasil kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara tahap stres dengan penglibatan kerja penghantar makanan, terdapat hubungan yang signifikan antara tahap stres dengan keinginan berhenti kerja dalam kalangan penghantar makanan, dan terdapat hubungan yang signifikan antara penglibatan kerja dengan keinginan berhenti kerja dalam kalangan penghantar makanan.

Primary authors

Beddu Salam Baco Prof. Mohd. Dahlan Hj. A. Malek Dr Muhammad Idirs Hj. Bullare@ Bahari Peter Voo

Presentation materials