Speaker
Description
Kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan antara sokongan ibu bapa dan pembangunan belia positif (Positive Youth Development, PYD) dalam kalangan belia etnik Sama-Bajau berdasarkan lima dimensi utama model 5C iaitu kompetensi, keyakinan, hubungan, karekter dan prihatin. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif dengan melibatkan 500 orang responden. Data dikumpul melalui soal selidik menggunakan subskala ibu bapa daripada Multidimensional Scale of Perceived Social Support dan Positive Youth Development Inventory, serta dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS versi 30. Dapatan menunjukkan hubungan positif dan signifikan antara sokongan ibu bapa dan pembangunan belia positif keseluruhan (r = .401, p < .05). Antara dimensi PYD, hubungan (r = .487) mencatatkan korelasi tertinggi, diikuti oleh keyakinan (r = .445), kompetensi (r = .289), karekter (r = .231) dan prihatin (r = .226). Keputusan ini menegaskan bahawa sokongan emosi, komunikasi terbuka dan bimbingan moral daripada ibu bapa merupakan faktor utama dalam memperkukuh kesejahteraan psikososial serta potensi pembangunan holistik belia. Kajian ini memberi implikasi penting terhadap pembangunan intervensi berasaskan keluarga dalam komuniti, khususnya dalam konteks budaya yang menekankan nilai kekeluargaan, tanggungjawab sosial dan sokongan intergenerasi.