November 13, 2025 FPKS
Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial, UMS
Asia/Kuala_Lumpur timezone

HUBUNGAN PENGHARGAAN KENDIRI DAN SOKONGAN SOSIAL DENGAN KESEDIAAN UNTUK BERUBAH DALAM KALANGAN PENAGIH DADAH WANITA DI PENJARA

Not scheduled
20m
Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial, UMS

Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial, UMS

Faculty of Psychology and Social Work, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
Full Paper Submission Counseling Addiction / Kaunseling Ketagihan

Speaker

SUMARNI SAINUL

Description

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan penghargaan kendiri dan sokongan sosial dengan kesediaan untuk berubah dalam kalangan penagih dadah wanita di penjara. Seramai 35 orang responden telah dipilih secara rawak daripada 38 orang banduan wanita di Penjara Tawau, berdasarkan Jadual Krejcie dan Morgan (1970). Data dikumpul melalui tiga instrumen utama iaitu Rosenberg Self-Esteem Scale (RSE) bagi mengukur tahap penghargaan kendiri, Multidimensional Scale of Perceived Social Support (MSPSS) bagi mengukur sokongan sosial dan University of Rhode Island Change Assessment Scale (URICA) bagi menilai tahap kesediaan untuk berubah. Analisis data dijalankan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 29.0 melibatkan statistik deskriptif dan inferensi. Dapatan deskriptif menunjukkan majoriti responden mempunyai tahap penghargaan kendiri yang sederhana dan tahap sokongan sosial yang tinggi, khususnya daripada individu signifikan dan ahli keluarga. Bagi tahap kesediaan untuk berubah, kebanyakan responden berada pada peringkat contemplation. Hasil analisis Spearman’s rho menunjukkan bahawa tiada hubungan yang signifikan antara penghargaan kendiri dan kesediaan untuk berubah, rₛ(33) = –.137, p = .433. Namun begitu, terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara sokongan sosial dan tahap kesediaan untuk berubah, rₛ(33) = .403, p = .016. Diharapkan dapatan kajian ini menyumbang kepada pemahaman yang lebih mendalam tentang faktor-faktor yang mendorong perubahan dalam kalangan penagih dadah wanita di penjara, sekali gus membantu memperkukuh pelaksanaan intervensi dan program yang lebih berkesan dan berfokus.

Primary author

SUMARNI SAINUL

Presentation materials