Speaker
Description
Habibie Ibrahim
Siti Noor Fazariah binti Suis
Nurul Hudani Md Nawi
Abstrak
Kertas kerja ini merupakan satu kertas konsep. Kertas kerja merupakan perkongsian pengalaman penulis sebagai Ahli Lembaga Hakim Pelawat di Sekolah Henry Gurney Keningau dan Penjara Kota Kinabalu dan pengalaman mengajar kursus PS31803 Kerja Sosial di Institusi Pemulihan dan Pengawalan. Kursus PS31803 adalah kursus yang ditawarkan kepada pelajar tahun akhir, Program Kerja Sosial di UMS iaitu salah satu kursus pengkhususan kerja sosial. Penghuni di Sekolah Henry Gurney Keningau adalah dalam kalangan kanak-kanak di bawah usia 18 tahun. Antara kesalahan yang dilakukan oleh kanak-kanak ini adalah mencuri, merompak, lari dari rumah, rogol dan termasuklah penglibatan dalam kes dadah. Kanak-kanak yang terlibat dalam masalah sosial yang disebutkan diletakkan di bawah pengawasan seorang pegawai akhlak dari Jabatan Kebajikan Masyarakat yang dilantik. Kanak-kanak berstatus warganegara sekiranya didapati bersalah dan tidak selamat untuk terus tinggal bersama keluarga akan diputuskan oleh Mahkamah Kanak-Kanak untuk dihantar ke Sekolah Henry Gurney, Keningau. Manakala, kanak-kanak bukan warganegara pula akan dihantar ke Penjara Muda di Penjara Kota Kinabalu. Kanak-kanak ini akan menjalani proses-proses pemulihan dadah di samping menjalani hukuman. Pengambilan dadah sebagai tingkah laku devian, social attitudes tentang dadah, makna penagihan, proses-proses penagihan dadah dan apakah yang dilakukan oleh pekerja sosial dadah atau pekerja sosial di institusi pemulihan dan pengawalan akan dijelaskan di dalam kertas kerja ini.
Kata kunci: Penyelewengan sosial, penagihan dadah, kerja sosial di institusi pemulihan