November 13, 2025 FPKS
Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial, UMS
Asia/Kuala_Lumpur timezone

Aplikasi Teori Rasional Emotif Tingkah Laku (REBT) dalam Memperkukuh Penerimaan Diri dan Mengurangkan Kebergantungan terhadap Validasi Luaran dalam Kalangan Pelajar

Not scheduled
20m
Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial, UMS

Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial, UMS

Faculty of Psychology and Social Work, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
Abstract Submission Case Study and Good Practices in Counselling / Kajian Kes dan Amalan Terbaik dalam Kaunseling

Speaker

VANNISCA TRACEY JUSTINUS (Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial, Universiti Malaysia Sabah (UMS), MALAYSIA)

Description

Kajian ini meneliti keberkesanan aplikasi pendekatan Terapi Rasional Emotif Tingkah Laku (REBT) dalam meningkatkan penerimaan diri dan mengurangkan kebergantungan terhadap validasi luaran dalam kalangan pelajar. Kajian kes ini mencerminkan kompleksiti isu psikologi pelajar yang sering bergelut dengan keperluan pengiktirafan sosial serta kesukaran menerima diri secara tanpa syarat sejajar dengan teras teori REBT. Melalui enam sesi kaunseling yang dijalankan selama dua bulan, pelbagai teknik seperti mempertikaikan, Rational Emotive Imagery (REI), main peranan, dan latihan penulisan reflektif diaplikasikan bagi membantu klien mengenal pasti, mencabar, dan menggantikan kepercayaan tidak rasional dengan corak pemikiran yang lebih logikal dan menyokong. Hasil intervensi menunjukkan peningkatan ketara dalam penerimaan diri, keberanian mengekspresikan emosi, serta penurunan kebergantungan terhadap pengiktirafan luaran. Dapatan ini menegaskan keberkesanan REBT sebagai pendekatan terapeutik yang mampu membentuk sistem kepercayaan lebih sihat serta memperkukuh kesejahteraan emosi pelajar. Implikasi kajian ini turut menyumbang kepada pembangunan program intervensi psikososial berasaskan REBT dalam konteks institusi pendidikan tinggi.
strong text
Kata kunci: Terapi Rasional Emotif Tingkah Laku (REBT), Penerimaan diri tanpa syarat, Kepercayaan tidak rasional, Validasi luaran, Kesejahteraan emosi.

Primary author

VANNISCA TRACEY JUSTINUS (Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial, Universiti Malaysia Sabah (UMS), MALAYSIA)

Presentation materials