November 13, 2025 FPKS
Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial, UMS
Asia/Kuala_Lumpur timezone

PENERAPAN TEORI KOGNITIF TINGKAH LAKU (CBT) DALAM MENANGANI EMOSI NEGATIF

Not scheduled
20m
Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial, UMS

Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial, UMS

Faculty of Psychology and Social Work, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
Abstract Submission Case Study and Good Practices in Counselling / Kajian Kes dan Amalan Terbaik dalam Kaunseling

Speaker

NURULHUDA BOLEH (FAKULTI PSIKOLOGI DAN KERJA SOSIAL, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH, MALAYSIA)

Description

Kajian kes ini bertujuan meneliti keberkesanan pendekatan Terapi Kognitif Tingkah Laku (CBT) dalam membantu seorang remaja lelaki mengawal kemarahan dan dendam terhadap bapanya akibat pengalaman pengabaian semasa zaman kanak-kanak. Klien berusia 17 tahun, seorang pelajar sekolah menengah, melaporkan kesukaran menumpukan perhatian di dalam kelas serta sering terganggu oleh kenangan dan perasaan negatif terhadap keluarganya.
Intervensi dijalankan melalui lapan sesi kaunseling individu menggunakan teknik utama CBT termasuk penstrukturan kognitif, reframing, thought record, dan coping card mechanism. Hasil intervensi menunjukkan peningkatan kesedaran kendiri klien terhadap hubungan antara pemikiran, emosi dan tingkah laku, serta kemampuan mengawal reaksi emosi terhadap bapanya dengan lebih rasional. Dapatan ini membuktikan bahawa CBT berkesan dalam membantu remaja mengurus emosi negatif berpunca daripada pengalaman pengabaian masa lalu dan menyumbang kepada peningkatan kesejahteraan emosi secara keseluruhan.
Kata kunci: Terapi Kognitif Tingkah Laku (CBT), kemarahan, pengabaian, hubungan kekeluargaan, kesejahteraan emosi

Primary author

NURULHUDA BOLEH (FAKULTI PSIKOLOGI DAN KERJA SOSIAL, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH, MALAYSIA)

Presentation materials