Speaker
Description
PENDEKATAN TEORI RATIONAL EMOTIVE BEHAVIOR THERAPY (REBT)
DALAM PENGURUSAN EMOSI BAGI MENINGKATKAN
KESEJAHTERAAN PSIKOSOSIAL REMAJA PEREMPUAN
Nur Athirah Haziqah1, Sabihah Johan2
1 Faculti Psikologi dan Kerja Sosial, Universiti Malaysia Sabah,88400 Kota Kinabalu, Sabah
haziqah2863@gmail.com
Abstrak: Pengurusan emosi merujuk kepada kemampuan seseorang dalam mengenal pasti, memahami dan
mengawal emosi yang dialami secara berkesan. Kegagalan dalam menguruskan emosi boleh mengganggu
kesejahteraan psikososial seseorang dari aspek kesihatan mental, hubungan sosial dan kemahiran menyesuaikan
diri dengan persekitaran. Kajian kes ini memfokuskan kepada remaja perempuan yang mengalami kesukaran
dalam menguruskan emosi yang terpendam sehingga memberi impak negatif terhadap kesejahteraan dirinya. Oleh
itu, intervensi yang bersesuaian amat penting dalam mengekalkan kesejahteraan psikososial klien. Pendekatan
Rational Emotive Behavior Therapy (REBT) digunakan sebagai intervensi bagi membantu klien mengurus emosi
dengan lebih baik. Melalui pendekatan REBT sebanyak lima sesi kaunseling, klien dibimbing untuk mengenal
pasti kepercayaan tidak rasional yang mencetuskan tekanan emosi dan seterusnya menggantikannya dengan
pemikiran yang lebih seimbang. Hasil kajian menunjukkan klien berupaya untuk meluahkan emosi yang
terpendam dan lebih yakin apabila membuat keputusan. Implikasi kajian ini adalah terhadap penggunaan teori
REBT dalam intervensi kaunseling khususnya kepada remaja yang berdepan konflik dalaman.
Kata kunci: REBT, Kaunseling, Pengurusan Emosi, Kesejahteraan Psikososial, Remaja Perempuan