Speakers
Description
Lelaki Vs Perempuan: Analisis Tematik Gaya Daya Tahan Pelajar Universiti Malaysia
Jasmine Adela Mutang1*, Chua Bee Seok1, Hon Kai Yee1, Tan Jia Yi1Walton Wider2
1Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, MALAYISIA
2Faculty of Business and Communications, INTI International University, Nilai, MALAYISIA
Corresponding e-mail: jasmine@ums.edu.my*
Abstrak
Kajian ini meneroka perbezaan jantina dalam corak daya tahan pelajar universiti apabila berdepan dengan kegagalan atau kekecewaan. Seramai 510 pelajar universiti awam di Malaysia (371 perempuan dan 139 lelaki) terlibat dalam kajian ini. Soalan terbuka dwibahasa digunakan bagi membolehkan pelajar menceritakan pengalaman mereka menghadapi halangan serta kesannya terhadap kehidupan. Data dianalisis menggunakan pendekatan analisis tematik oleh Braun dan Clarke (2006, 2019). Dapatan menunjukkan bahawa pelajar perempuan lebih cenderung menggunakan strategi pengawalan emosi dan sokongan sosial, manakala pelajar lelaki lebih banyak mengamalkan strategi rasionalisasi dan pengasingan domain masalah. Keenam-enam tema utama yang dikenal pasti ialah tumpahan emosi, ruminasi dan salah diri, pembingkaian semula kognitif, pengawalan tingkah laku, sokongan sosial, dan pembentukan makna adaptif. Kajian ini menyimpulkan bahawa daya tahan pelajar universiti Malaysia adalah hasil interaksi antara proses kognitif, emosi, dan sosial yang terbentuk melalui interaksi antara proses kognitif, emosi, sosial, dan konteks jantina serta budaya kolektivis. Hasil ini memberi implikasi terhadap pembangunan intervensi kesihatan mental yang mengambil kira perbezaan jantina dalam strategi penyesuaian diri.
Kata kunci: Daya tahan; perbezaan jantina; pelajar universiti; pengawalan emosi; sokongan sosial